Online Diary miss torayaki : warkah untuk mak

Tuesday 6 December 2011

warkah untuk mak


hari ni along rindu sangat dengan mak!!apa khabar mak agaknya disana sekarang.dulu mak adalah tempat along mengadu waktu senang,susah,gembira semua along cerita.rapat kan kita?sampai kan mak tahu bila along menipu hanya mendengar suara.

bila umur along 19 tahun kita mula terpisah bila along dapat panggilan dari MATRIKULASI UIA.masa tu ingat lagi mak la orang yang paling busy siapkan keperluan dari baju kurung,tudung,baju kecik sedangkan along hanya buat tak tahu.along ingat lagi masa along on the way balik lepas jumpa dengan kawan-kawan, along ternampak mak dengan abah naik motor sambil bawak baldi dan gayung yang baru dibeli.waktu tu jugak air mata along menitis.betapa mak bersungguh-sungguh hantar along ke asrama.mak ingat tak masa mak hantar along kat matriks along menangis tepi longkang sebab tak nak berpiasah dengan mak?tanpa fikirkan penat lelah selepas taaruf week selama 3hari minggu tu jugak along balik sebab rindu dengan mak.along ingat lagi handset 3310 pemberian mak menjadi penghubung antara kita.2tahun along lalui di Matriks bersama suka duka yang along tak mungkin boleh lalui tanpa mak disisi.

bila along berjaya lanjutkan pelajaran di main campus GOMBAK,sekali lagi mak menghantar along.kali ini rasa sedih tak seperti waktu mak hantar along di matriks.tapi cerita lucu ni pasti tersemat di minda along buat selama-lamanya.mak ingat tak masa along sedang asingkan baju-baju yang along tak nak bawak ke dalam bilik dalam bonet kereta supaya beg along ringan?ingat tak mak?bila along buat pendaftaran mak susun semula baju yang along asingkan dalam beg.yang along pelik,muat-muat je mak susun kan dalam beg?then bila along angkat beg dalam bilik rasa macam berat semacam je rupa-rupanya mak dah susun baju yang along tak nak pakai.nak letak balik dalam bonet kereta mak dah balik masa tu.ingat tak mak?masa tu mak ketawa terbahak-bahak sambil along menahan marah dekat mak?

maka menetap la along selama 4tahun di uia tanpa kasih sayang dari mak sepenuhnya.ingat tak masa along takut sebab repeat paper mak la tempat along mengadu,bila duit ptptn tak masuk lagi mak la tempat along mintak duit,bila along demam mengegel dan pening gara-gara buat asignment last minute mak la tempat along mengadu,bila ada sales baju time raya mak la tempat along jerit gembira,bila mak sakit along yang dengar,bila adik-adik ada masalah along juga tempat mak mengadu,bila abah selalu sakit perut sebab takut nak pergi hospital along juga tempat mak mengadu.rapat kan kita?

bila along habis belajar along beritahu hasrat along untuk mulakan chambering di KL sebab perasaan buat di KL lagi gempak.tapi bila along fikir kita dah terpisah selama 6tahun baik along habiskan sisa-sisa hidup bersama dengan mak.dan ternyata along dapat tempat untuk mulakan chambering di kluang.dengan kancil merah yang mak belikan along ulang-alik untuk ke tempat kerja.

masa graduation day mak gagahkan diri untuk hadir dan pada pagi sebelum graduation ceremony bermula mak menangis depan hall sebab sebak tengok along akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.dengan keadaan sakit dan gantang air kencing di bahagian pinggang mak berjalan sambil kita pimpin tangan.mak ingat tak?keadaan mak tak sama waktu mak hantar along di matriks dan main campus 6tahun dan 4tahun yang lepas.degree tersebut along hadiahkan pada mak.

bila along start kerja tiada apa yang along mampu buat melainkan tolong kesat badan mak,cuci najis mak,dengar keluh kesah mak menahan sakit .along tak sanggup tengok mak sakit sehingga along doa pada Allah swt kalau betul la ajal mak akan tiba,cabut la nyawa mak aku supaya mak aku tak tanggung sakit begini lagi.along sedih sangat masa dapat tahu mak mengidap penyakit kanser pangkal rahim.ingat tak mak masa along temankan mak pergi hospital sultanah aminah,bila doktor bagitahu yang mak ada ketumbuhan dan kanser yang perlu dibuat kemoterapi dan radioterapi dengan kadar segera.masa tu air mata along mengalir laju dan along menangis teresak-esak sehingga mak pujuk along supaya terima takdir tuhan.lalu air mata mak pun laju membasahi pipi.kita berpelukan dalam kereta dan masa tu along rasa masa depan along gelap.

kini genap 2tahun mak meninggalkan along dan rasa rindu pada mak tak dapat dibendung lagi.menitis air mata along setiap kali melihat gambar mak dan perasaan sedih tak dapat dibendung setiap kali melawat kubur mak.along tak mampu lagi nak beri wang ringgit sebagai membalas jasa mak, nak perah tenaga keringat untuk jaga mak di usia tua kerana terlalu awal mak meninggalkan along.apa yang along mampu beri adalah al fatihah dan bacaan yassin buat mak.semoga roh mak aman dan dicucuri rahmat


dari,
anakmu yang sentiasa merinduimu
alfatihah to SITI EASHAH BINTI JUSOH



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ahli mesyuarat tingkap:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen