Online Diary miss torayaki : August 2012

Thursday 9 August 2012

getting old

selamat hari jadi
selamat hari jadi (nyanyi untuk diri sendiri)

to be honest rasa bersyukur sangat sebab masih diberi nafas untuk hidup diatas muka bumi.
bangun pagi terus dada sesak sebab teringat arwah mak.bengkak mata menangis sepanjang malam
betapa sedih nya hati sebab tak sempat nak balas budi mak yang banyak bersabar dengan kerenah aku
dan yang paling penting jasa mengendong aku 9bulan, melahirkan aku,membesarkan aku,tahan dengan kerenah aku.tak terbalas jasa arwah dengan wang ringgit.
i really wanna feel to hug her and tell her how much i love her
tapi aku tak mampu
hanya doa dan bacaan yassin yang mampu aku hadiahkan 
al fatihah to siti eashah binti jusoh

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 7 August 2012

pokai

pernah tak rasa down gila sebab tak ada duit? yay itu perasaan aku sekarang.serve you right la kan sebab berbelanja tanpa ada buku kira-kira disisi.kalau ada pun buku kira-kira tersebut bukan nya akan patuh 100%.kata hati yang bernafsukan seperti setan yang akan bermaharajalela lalu istihar diri sendiri bankrupt(sambil hampuk kepala kat dinding)

sempena hari raya ni perasan tak each one of us especially women akan sibuk berbelanja.dari baju,kasut,tudung,handbag semua nak baru.buruk kan perangai (termasuk aku).duit habis ibadat pun tak seberapa.kan bagus kalau banyak duit yang dilaburkan tu adalah seperti kita berlumba-lumba untuk beribadat di bulan ramadhan.beli kasut baru mula la terdetik dalam hati raya mesti la nak baru kan?cuba istighfar dan niat dalam hati malam ni aku nak solat terawih dan habis kan satu juzuk quran, ramadhan hanya datang sekali dalam setahun.betul tak?

apart from that,sebab aku dah berbelanja sakan seperti sakai maka baru-baru ni heater kat rumah sewa telah rosak.okeh bila ada kes macamni semua penduduk dekat rumah tu buat dunno.ada yang kata ala buat tak tahu je la..eh no no no jangan begitu adik2..hakak tak pernah ajar adik2 supaya tidak bertanggungjawab.makanya aku boleh presume yang aku akan bayar semua kos baiki heater tersebut? ok sekarang boleh menangis teresak2.bye

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

homebound

sebenarnya banyak nak meluahkan kedukaan di dalam hati jadi kene jot down satu2 supaya lebih teratur dan tak berpinoo mata nak baca.

bosan nak bercerita mengenai kerja.ekceli bos makin kedekut.sekian.nak hamek bukti.bil air kat rumah suruh aku bayar sendiri.walaupun sikit hanya rm10 aku rasa tahap bakhilnya dah makin melampau.boleh diusulkan pada jabatan buruh.

"bos, i datang duduk dekat kuantan ni bukan dengan kerelaan tahu.dah la bagi tempat tinggal yang tak berapa nak sempurna lagi mahu berkira." 

sabauuu je la hatiiiiiii..

pejam celik dah 3bulan kan duduk kuantan darul boring oshemm.mana tempat makan asam pedas yang setanding johor eh dekat sini?maaf aku tak jumpa lagiiiii. maafkan patik sekali lagi sebab bersifat kenegerian sedikit dekat sini.rasanya kalau campak orang pahang kat johor pun akan rasa seperti yang aku rasa sekarang.makan semua tak kena dengan anak tekak.to be honest masakan kat sini memang lari dari tune tekak aku.sebab itula aku terkinja-kinja balik KL..uang minggu lepas.sila nyanyi

"im coming home,i m coming home tell d world im coming home"

melantak asam pedas tak hengat dunia ko.chefnya adalah adik bongsu aku punye resepi memamg terangkat beb.bukan nak puji tapi memang sedap walaupun aku terlebih ober puji sebab bukan senang nak suruh adik lelaki masak untuk kakak sulung yang tangan bangku (terms yang digunakan untuk perempuan yang tak pandai memasak).maaf pic tak ada memandangkan eksited sehingga menjilat jari kaki.

ok chow nak buat kerja.entry pendek-pendek je bukan apa curi tulang update blog adalah dosa kerana telah mencuri masa bekerja.jadi sila sedar diri dan tampar muka sendiri!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen