Online Diary miss torayaki : December 2011

Tuesday 20 December 2011

hadiah terbaik


Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 19 December 2011

land ofice memang macamni eh?

puan bos bagi task untuk persoalan yang membelenggu di kepala beliau
mebi beliau stress banyak sangat fikir masalah termasuk  memikirkan cd secret garden yang nak dipinjam tapi tak dapat-dapat lagi dari main suspect*
 maka permasalahan di pindahkan tanpa rasa kesian pada aku
bukan tak suka tapi bila membabitkan pejabat kerajaan aku jadi alergik
maka jari jemari lembut dail no telefon yang diperolehi dari operator
-
-
-
hello boleh saya bercakap dengan puan z?
sebentar saya sambungkan
-
-
hello
boleh bercakap dengan pn zaiton (terkeluaq juga nama main suspect)
sebentar saya sambungkan line
-
-
-
selepas 10minit
diam tanpa bunyi

terus hempas telefon
then telefon lagi tanpa rasa putus asa dan mengalah
-
-
-
-
kesudahanya 5kali hempas telefon
kenapa kakitangan kerajaan ni tak gheti duk diam
pukul3 pun pergi mengeteh ke kak??


p/s: dah la kaki bengkak , sikalang hati wa pun bengkak jugak!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

tragedi pagi selasa

kaki yang mula membengkak gara-gara jatuh tangga dekat rumah tadi.housemate aku terkejut tapi sempat dia tempek kaya kat roti sebelum beri pertolongan.

urat tergeliat ni,akak tak tahu nak buat apa?

comel tak housemate aku?boleh dia cakap tak tahu nak buat apa?aku yang jatuh terduduk terus luruskan kaki terus urut kaki sendiri.nasib baik dia tolong urut jugak kalau tak sentap seminggu tak nak tegur..

nak cari tukang urut kat sini pun tak tahu,tanya housemate apa pun dia tak tahu padahal aku rasa dah bertahun-tahun dia duduk sini.ehh lupa bukan setakat tempat urut tanya tempat makan best pun dia tak tahu.bak kata kumpulan jambu "apa pun tak boleh" tapi kalau guna versi aku "apa pun dia tak tahu"



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 18 December 2011

so sweet..

pagi-pagi isnin kalau tak pekena kopi tak sah.sentap sebab tak dapat balik kluang minggu lepas  gara-gara mood setan yang menghantui diri.maaf diri aku terlalu emosional kalau ada benda yang slack sikit. mood aku yang happy terkinja-kinja boleh berubah jadi murung!!ye murung plus muncung kalau sangkut kain atas mulut pun boleh!!ouch,hati aku mudah tersentap lagi-lagi kalau duduk bersendirian.mula la fikir macam-macam,fasal diri yang tak jumpa jodoh lagi *pitam sekejap* sedangkan membe-membe dah beranak pinak,dah masuk 2nd round der,ko apa ada?anak tekak je.afterall kan,aku akan bangun sambil hirup milo anda jadi sihat dan kuat sambil jerit "hajja hajja fightin".jodoh kalau ada, pasti akan bertemu jua *ayat penyedap hati*.

bercakap fasal jodoh ni, aku dekat sini nak share 2 video yang aku rasa seperti di awan-awangan sekejap dan selepas itu kembali tampar pipi sendiri supaya kembali ke alam realiti.ooo how sweet kan.korang ada? *aku memang tak ada jadi geget jari sambil mengharapkan fahrin ahmad datang propose dalam mimpi pun jadi ler kan* love and faith*.

propose terus kawin time tu jugak .siap ada dancer bagai,mmg well planned!!


sweet kan?family arrangement yang berakhir dengan engagement


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 15 December 2011

ikan bako yo!


amaran keras pada sesiapa yang sedang lapar sila jangan baca
dikhuatiri anda akan gigit jari sambil air liur meleleh keluar dari molut
-
-
-

let me introduce to you yoooo
kedai "ana ikan bakar PETAI"

kedai ni dekat area tanjung lumpur yooo!
-
-
-
kira dekat dengan rumah sewa,hanya mengambil masa 15minit untuk sampai yooo
-
-
-
malam ni order ikan pari sekoq naaa,bapak besar siut ikan pari ituewww
-
-
-
semantara ikan pari ituewww siap dibakar, tomyam bersama sayur di letak bagi menjaga hati customer yang menunggu lama
-
-

jeng
jeng 
jeng
-
-
mempersembahkan ikan pari yang dibakar bersama petai

-
-
-
lagi dan lagi
-
-
-


-
-
-
-
-
-

licin memey puas hati makan la sepuas-puas kang balik johor tak ada dah ikan bakar petai deh



sekian untuk tatapan semua dehhh
live dari kuantan peace yooo


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

bereh semua

eh eh dah 6 hari dekat KUANTAN..apa beza kuantan dan kluang?

1) sarapan jarang nampak bihun goreng or mee goreng. yang ada nasi minyak,nasi berlauk mata berpinar jugak la confuse ni lauk tengahari ke sarapan,siap ada ayam masak merah bagai.meriah uols...

2) kat rumah memang tak layan tentang DHIA sebab i tak minat uols..tapi bila dah sampai sini 4hari berturut-turut tak missed tengok tengat DHIA.eh nora danish tomei sangat macam tak sesuai jadi perempuan kampung kan?eh bomoh siap boleh kurier bahan nak santau kat pelanggan,mak zakri *zakri ke nama asben dhia?* eh dan macam-macam eh lagi..boleh siap gelak sorang-sorang layan drama ni.maaf la ye kepada peminat drama TD.lagi satu, rasanya TD boleh disiarkan pada waktu siaran terowong disiarkan.sebab ada hantu bagai,terperanjat sampai i totop muka lagi nyahhh!!




3)datang mahkamah awal.pehhh, memang jadi efisen habis.yang ini sebab aku tak biasa dengan mahkamah kat sini,kang datang lewat tak pasal-pasal kes kena batal.kalau kat kluang pukul930 pun masih terhegeh-hegeh atas jalanraya.adik-adik jangan tiru keperibadian saya ye!!

4) kemesraan dengan staf terpaksa dijarakkan demi menjaga keamanan negara.bukan apa kalau rapat sangat siap bertepuk cap kupu-kupu tampar bontot nanti depa tak takut kat hang.eh aku tak expect depa takut tapi sekadar hormat.kira kalau nampak aku terus diam statik tegak depan pc buat kerja.tak de la kalau aku lalu depan depa siap boleh main fb dan angry birds!!

cuma satu harapan aku sebagai pengembara di negeri orang yaktu mengharapkan urusan dekat sini berjalan dengan lancar dan sentiasa tenang. bukan apa bontot asik  panas, jantung dup dap dup dap macam lari 100km sejam  bila bos call tanya macam-macam.staf ok,ini ok,itu ok....dah macam jadi babysitter staf ler pulak.....apa2 pun rileks la bos,berehhh semua kerja saya boleh buat,campak la kat mana pun,tak pernah cakap noooo!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 13 December 2011

untitle

maaf aku bukan garang orangnya!
nampak muka garang cam rimau,selalu masham walaupun wangi
sukar untuk senyum kalau berjumpa tapi kalau dah kenal sengih sampai kecuping telinge pun tak apa der!!
stress 
stress 
stress
stress
stress
stress
stress
boleh bagi tips tak nak marah staf tanpa dia terasa hati?
kalau nak ikut cara bos aku memang aku rasa besok jugak staf ni bagi notis 24 jam
itu untung kalau bagi notis,ada yang terus bla gitu je
sebab mulut badan binasa deh!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 11 December 2011

maaf aku busy

assalamualaikum wbt
happy monday bluess semua
pagi yang hening dan dingin ni membuatkan hati sayu teringat kampung halaman.citt,mula la jiwang sorang-sorang.entri ini ditaip live dari KUANTAN.ye ye aku dah sampai KUANTAN.hai awak semua yang berada di kuantan,nanti kita boleh jalan-jalan di TC smbil menikmati big mac yang penuh dengan lemak.

nak cerita sikit la kan bagaimana kental jiwa dan raga sampai ke kuantan ni walaupun sepanjang perjalanan air mata asyik menitis.haha.aku dari luar nampak kental der tapi dalam hati ada taman.citt..alkisahnya pada tanggal 10hb sedang korang-korang semua melayan cerita hindustan dekat tv3 tu sambil hirup kopi cicah biskut hup seng aku pulak sibuk menekan minyak kereta untuk ke kuantan.planning nya nak gerak awal pagi,orang kata matahari tak terbit lagi memang tekad nak tinggalkan KLUANG.tapi dengan tiba-tiba tayar kereta buat hal,maka terpaksala tunggu sampai kedai bukak untuk tukar apa yang patut.disebabkan hari-hari terakhir tak sempat nak berjumpa dengan cik putry crystal kerana dia cuti 3hari pergi jalan-jalan dengan keluarga bakal mentua dan boipren dia,jadi wajib maalghunnah untuk jumpa dia sebelum gerak ke tempat jauh.2minggu der tak jumpa nanti,pasti dia merindui aku.haha.

jadi bawa ke pukul11 baru bertolak ke kuantan.setelah tolak berhenti berehat kerana membuang hajat dan betul-betulkan urat yang bersimpul,tepak pukul4petang sampai la aku ke bandar kuantan.cepat-cepat call staf branch kat sini,kak ida merangkap bakal housemate untuk ambil document dan terus hangkut dia sekali untuk pergi kerumah sewa.sumbat semua barang-barang dalam bilik then pukul6 gitu gerak ke kemaman.ooo kenapa aku ke kemaman?sebabnya besok ada siasatan tanah pukul9 di pejabat tanah kemaman.jadi menetap la aku dirumah bekas bff masa study dulu.orang kata jangan benci nanti bila dah jumpa malu sendiri.jangan tanya kenapa nanti aku terangkan kat sini mahu berjela-jela entri ni kang nak baca.

sampai kemaman pukul9.00.ekcili,kuantan-kemaman hanya ambil masa 45 minit tapi dengan keadaan hujan lebat nya,jammed bagai plus pit stop untuk makan jadi 3jam perjalanan..peh,setelah darab ,bahagi,tambah,tolak dah 7jam wey aku dalam kereta!!

dah malas nak sambung tulis,nanti bila ada waktu terluang sambung entri kejadian aku di kemaman..selamat hari isnin semua!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 8 December 2011

over tak aku?

lawo tak beg purple saya baru beli tadi,haktuih melayang duit!!
over la sangat, pergi kuantan hari sabtu tapi siap dah packing semua baju.apakah itu semua?kasi tekan habis semua baju dalam beg ni. semua benda nak di sumbat.demm,memang pening kepala mana nak letak baju,seluar,towel,toiletaries,iron,bantal,tilam.macam nak menghangkut semua benda yang ada dalam rumah kat dalam beg purple ni, tapi space memang tak muat.


oo ye bermula tanggal 11/12 sehingga diberitahu kelak perjalanan hidup akan bermula sebagai perantau di negeri KUANTAN.biasa la mencari rezeki namanya bila bos suruh pergi sana kita ke sana kalau bos suruh pergi ke sini kita pergi ke sini,selagi boleh bertahan ku turuti!!

semoga urusan di perantauan dipermudahkan.amin yarobbalalamin..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 6 December 2011

warkah untuk mak


hari ni along rindu sangat dengan mak!!apa khabar mak agaknya disana sekarang.dulu mak adalah tempat along mengadu waktu senang,susah,gembira semua along cerita.rapat kan kita?sampai kan mak tahu bila along menipu hanya mendengar suara.

bila umur along 19 tahun kita mula terpisah bila along dapat panggilan dari MATRIKULASI UIA.masa tu ingat lagi mak la orang yang paling busy siapkan keperluan dari baju kurung,tudung,baju kecik sedangkan along hanya buat tak tahu.along ingat lagi masa along on the way balik lepas jumpa dengan kawan-kawan, along ternampak mak dengan abah naik motor sambil bawak baldi dan gayung yang baru dibeli.waktu tu jugak air mata along menitis.betapa mak bersungguh-sungguh hantar along ke asrama.mak ingat tak masa mak hantar along kat matriks along menangis tepi longkang sebab tak nak berpiasah dengan mak?tanpa fikirkan penat lelah selepas taaruf week selama 3hari minggu tu jugak along balik sebab rindu dengan mak.along ingat lagi handset 3310 pemberian mak menjadi penghubung antara kita.2tahun along lalui di Matriks bersama suka duka yang along tak mungkin boleh lalui tanpa mak disisi.

bila along berjaya lanjutkan pelajaran di main campus GOMBAK,sekali lagi mak menghantar along.kali ini rasa sedih tak seperti waktu mak hantar along di matriks.tapi cerita lucu ni pasti tersemat di minda along buat selama-lamanya.mak ingat tak masa along sedang asingkan baju-baju yang along tak nak bawak ke dalam bilik dalam bonet kereta supaya beg along ringan?ingat tak mak?bila along buat pendaftaran mak susun semula baju yang along asingkan dalam beg.yang along pelik,muat-muat je mak susun kan dalam beg?then bila along angkat beg dalam bilik rasa macam berat semacam je rupa-rupanya mak dah susun baju yang along tak nak pakai.nak letak balik dalam bonet kereta mak dah balik masa tu.ingat tak mak?masa tu mak ketawa terbahak-bahak sambil along menahan marah dekat mak?

maka menetap la along selama 4tahun di uia tanpa kasih sayang dari mak sepenuhnya.ingat tak masa along takut sebab repeat paper mak la tempat along mengadu,bila duit ptptn tak masuk lagi mak la tempat along mintak duit,bila along demam mengegel dan pening gara-gara buat asignment last minute mak la tempat along mengadu,bila ada sales baju time raya mak la tempat along jerit gembira,bila mak sakit along yang dengar,bila adik-adik ada masalah along juga tempat mak mengadu,bila abah selalu sakit perut sebab takut nak pergi hospital along juga tempat mak mengadu.rapat kan kita?

bila along habis belajar along beritahu hasrat along untuk mulakan chambering di KL sebab perasaan buat di KL lagi gempak.tapi bila along fikir kita dah terpisah selama 6tahun baik along habiskan sisa-sisa hidup bersama dengan mak.dan ternyata along dapat tempat untuk mulakan chambering di kluang.dengan kancil merah yang mak belikan along ulang-alik untuk ke tempat kerja.

masa graduation day mak gagahkan diri untuk hadir dan pada pagi sebelum graduation ceremony bermula mak menangis depan hall sebab sebak tengok along akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.dengan keadaan sakit dan gantang air kencing di bahagian pinggang mak berjalan sambil kita pimpin tangan.mak ingat tak?keadaan mak tak sama waktu mak hantar along di matriks dan main campus 6tahun dan 4tahun yang lepas.degree tersebut along hadiahkan pada mak.

bila along start kerja tiada apa yang along mampu buat melainkan tolong kesat badan mak,cuci najis mak,dengar keluh kesah mak menahan sakit .along tak sanggup tengok mak sakit sehingga along doa pada Allah swt kalau betul la ajal mak akan tiba,cabut la nyawa mak aku supaya mak aku tak tanggung sakit begini lagi.along sedih sangat masa dapat tahu mak mengidap penyakit kanser pangkal rahim.ingat tak mak masa along temankan mak pergi hospital sultanah aminah,bila doktor bagitahu yang mak ada ketumbuhan dan kanser yang perlu dibuat kemoterapi dan radioterapi dengan kadar segera.masa tu air mata along mengalir laju dan along menangis teresak-esak sehingga mak pujuk along supaya terima takdir tuhan.lalu air mata mak pun laju membasahi pipi.kita berpelukan dalam kereta dan masa tu along rasa masa depan along gelap.

kini genap 2tahun mak meninggalkan along dan rasa rindu pada mak tak dapat dibendung lagi.menitis air mata along setiap kali melihat gambar mak dan perasaan sedih tak dapat dibendung setiap kali melawat kubur mak.along tak mampu lagi nak beri wang ringgit sebagai membalas jasa mak, nak perah tenaga keringat untuk jaga mak di usia tua kerana terlalu awal mak meninggalkan along.apa yang along mampu beri adalah al fatihah dan bacaan yassin buat mak.semoga roh mak aman dan dicucuri rahmat


dari,
anakmu yang sentiasa merinduimu
alfatihah to SITI EASHAH BINTI JUSOH



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 5 December 2011

perihal facebook

pagi2 lewat datang keje.ni kalau dapat surat tunjuk sebab mampuih sia-sia je.dah sampai trafic light berhampiran dengan ofis lampu merah pulak,99 second citt !!ringtone i do berbunyi dari handbag.sapa msg aku pagi-pagi buta ni?1 new message terpapar di skrin handset samsung ,ooo dari "jintoncet"


"ada orang terasa fasal picture ko upload kat facebook!!" *perhatikan tanda seru tersebut,maknanya apa tu?*

"picture" yang dimaksudkan adalah picture membe aku dengan lelaki walaupun gambar tersebut diambil tanpa ada unsur-unsur maksiat,posing tak dekat-dekat pun sampai berlaga kepala atau kepala lutut, berlaga siku dan tangan lagi tak ada, malahan tiada sentuhan.cuma mungkin comment di bawah "picture" tersebut membuatkan bf membe aku ni berkecil hati.

haish,getus hati.what a bad day,itu pasti sebab pagi-pagi aku dah sakitkan hati orang kan?tak tunggu lama aku terus reply sms tersebut walaupun boleh je intercom sebab duduk dalam satu ofis

"minta maaf tak sangka boleh jadi macamni.aku delete picture tu nanti" 

then she replied

"tak pe tak payah delete sebab dia dah tengok pun dan dah save dalam ipad"

ok,aku rasa bersalah for the whole day dan buntu samada nak 
1)minta maaf secara terbuka dalam facebook
2)call or sms bf membe aku ni then say sorry
3)just buat "donno"
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 4 December 2011

IT WILL RAIN

dari pagi membawa ke malam asik dengar lagu


start meleleh keluaq air liur dengar lirik lagu seperti ini:

"if you ever leave me baby
leave some morphine at my door
cause it will took  a whole medication
to realize what we used to have
we dont have it anymore"

dengar rangkap seterusnya terus meleleh air liur:-

"cause there'll be no sunlight if i lose you baby
there'll be no clear skies if i lose you baby
just like the clouds,my eyes will do the same
if you walk away,everyday it will rain,rain,rain"

tapi kene hati2 sebabnya dalam lirik ni ada part mengagungkan2 cinta manusia lebih daripada TUHAN.ye ler kalau dah sayang bebeno takkan sampai boleh lupakan TUHAN.

"there's no religion that could save me
no matter how long my knees are on the floor
so keep in mind all the sacrifices i'm making
will keep you by my side, will keep you from walking out the door"








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 1 December 2011

ombak rindu

apa yang dapat disimpulkan
cerita nya tidak seindah yang digembar-gemburkan
maaf, tidak meruntun jiwa untuk menangis
bukan hati keras,tapi air mata tidak boleh dipaksa
-
-
zzzzzzzzzz
-
plot cerita yang sangat-sangat perlahan 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen