Online Diary miss torayaki : bereh semua

Thursday 15 December 2011

bereh semua

eh eh dah 6 hari dekat KUANTAN..apa beza kuantan dan kluang?

1) sarapan jarang nampak bihun goreng or mee goreng. yang ada nasi minyak,nasi berlauk mata berpinar jugak la confuse ni lauk tengahari ke sarapan,siap ada ayam masak merah bagai.meriah uols...

2) kat rumah memang tak layan tentang DHIA sebab i tak minat uols..tapi bila dah sampai sini 4hari berturut-turut tak missed tengok tengat DHIA.eh nora danish tomei sangat macam tak sesuai jadi perempuan kampung kan?eh bomoh siap boleh kurier bahan nak santau kat pelanggan,mak zakri *zakri ke nama asben dhia?* eh dan macam-macam eh lagi..boleh siap gelak sorang-sorang layan drama ni.maaf la ye kepada peminat drama TD.lagi satu, rasanya TD boleh disiarkan pada waktu siaran terowong disiarkan.sebab ada hantu bagai,terperanjat sampai i totop muka lagi nyahhh!!




3)datang mahkamah awal.pehhh, memang jadi efisen habis.yang ini sebab aku tak biasa dengan mahkamah kat sini,kang datang lewat tak pasal-pasal kes kena batal.kalau kat kluang pukul930 pun masih terhegeh-hegeh atas jalanraya.adik-adik jangan tiru keperibadian saya ye!!

4) kemesraan dengan staf terpaksa dijarakkan demi menjaga keamanan negara.bukan apa kalau rapat sangat siap bertepuk cap kupu-kupu tampar bontot nanti depa tak takut kat hang.eh aku tak expect depa takut tapi sekadar hormat.kira kalau nampak aku terus diam statik tegak depan pc buat kerja.tak de la kalau aku lalu depan depa siap boleh main fb dan angry birds!!

cuma satu harapan aku sebagai pengembara di negeri orang yaktu mengharapkan urusan dekat sini berjalan dengan lancar dan sentiasa tenang. bukan apa bontot asik  panas, jantung dup dap dup dap macam lari 100km sejam  bila bos call tanya macam-macam.staf ok,ini ok,itu ok....dah macam jadi babysitter staf ler pulak.....apa2 pun rileks la bos,berehhh semua kerja saya boleh buat,campak la kat mana pun,tak pernah cakap noooo!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 ahli mesyuarat tingkap:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen