Online Diary miss torayaki : maaf aku busy

Sunday 11 December 2011

maaf aku busy

assalamualaikum wbt
happy monday bluess semua
pagi yang hening dan dingin ni membuatkan hati sayu teringat kampung halaman.citt,mula la jiwang sorang-sorang.entri ini ditaip live dari KUANTAN.ye ye aku dah sampai KUANTAN.hai awak semua yang berada di kuantan,nanti kita boleh jalan-jalan di TC smbil menikmati big mac yang penuh dengan lemak.

nak cerita sikit la kan bagaimana kental jiwa dan raga sampai ke kuantan ni walaupun sepanjang perjalanan air mata asyik menitis.haha.aku dari luar nampak kental der tapi dalam hati ada taman.citt..alkisahnya pada tanggal 10hb sedang korang-korang semua melayan cerita hindustan dekat tv3 tu sambil hirup kopi cicah biskut hup seng aku pulak sibuk menekan minyak kereta untuk ke kuantan.planning nya nak gerak awal pagi,orang kata matahari tak terbit lagi memang tekad nak tinggalkan KLUANG.tapi dengan tiba-tiba tayar kereta buat hal,maka terpaksala tunggu sampai kedai bukak untuk tukar apa yang patut.disebabkan hari-hari terakhir tak sempat nak berjumpa dengan cik putry crystal kerana dia cuti 3hari pergi jalan-jalan dengan keluarga bakal mentua dan boipren dia,jadi wajib maalghunnah untuk jumpa dia sebelum gerak ke tempat jauh.2minggu der tak jumpa nanti,pasti dia merindui aku.haha.

jadi bawa ke pukul11 baru bertolak ke kuantan.setelah tolak berhenti berehat kerana membuang hajat dan betul-betulkan urat yang bersimpul,tepak pukul4petang sampai la aku ke bandar kuantan.cepat-cepat call staf branch kat sini,kak ida merangkap bakal housemate untuk ambil document dan terus hangkut dia sekali untuk pergi kerumah sewa.sumbat semua barang-barang dalam bilik then pukul6 gitu gerak ke kemaman.ooo kenapa aku ke kemaman?sebabnya besok ada siasatan tanah pukul9 di pejabat tanah kemaman.jadi menetap la aku dirumah bekas bff masa study dulu.orang kata jangan benci nanti bila dah jumpa malu sendiri.jangan tanya kenapa nanti aku terangkan kat sini mahu berjela-jela entri ni kang nak baca.

sampai kemaman pukul9.00.ekcili,kuantan-kemaman hanya ambil masa 45 minit tapi dengan keadaan hujan lebat nya,jammed bagai plus pit stop untuk makan jadi 3jam perjalanan..peh,setelah darab ,bahagi,tambah,tolak dah 7jam wey aku dalam kereta!!

dah malas nak sambung tulis,nanti bila ada waktu terluang sambung entri kejadian aku di kemaman..selamat hari isnin semua!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ahli mesyuarat tingkap:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen