Online Diary miss torayaki

Thursday 9 August 2012

getting old

selamat hari jadi
selamat hari jadi (nyanyi untuk diri sendiri)

to be honest rasa bersyukur sangat sebab masih diberi nafas untuk hidup diatas muka bumi.
bangun pagi terus dada sesak sebab teringat arwah mak.bengkak mata menangis sepanjang malam
betapa sedih nya hati sebab tak sempat nak balas budi mak yang banyak bersabar dengan kerenah aku
dan yang paling penting jasa mengendong aku 9bulan, melahirkan aku,membesarkan aku,tahan dengan kerenah aku.tak terbalas jasa arwah dengan wang ringgit.
i really wanna feel to hug her and tell her how much i love her
tapi aku tak mampu
hanya doa dan bacaan yassin yang mampu aku hadiahkan 
al fatihah to siti eashah binti jusoh

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 7 August 2012

pokai

pernah tak rasa down gila sebab tak ada duit? yay itu perasaan aku sekarang.serve you right la kan sebab berbelanja tanpa ada buku kira-kira disisi.kalau ada pun buku kira-kira tersebut bukan nya akan patuh 100%.kata hati yang bernafsukan seperti setan yang akan bermaharajalela lalu istihar diri sendiri bankrupt(sambil hampuk kepala kat dinding)

sempena hari raya ni perasan tak each one of us especially women akan sibuk berbelanja.dari baju,kasut,tudung,handbag semua nak baru.buruk kan perangai (termasuk aku).duit habis ibadat pun tak seberapa.kan bagus kalau banyak duit yang dilaburkan tu adalah seperti kita berlumba-lumba untuk beribadat di bulan ramadhan.beli kasut baru mula la terdetik dalam hati raya mesti la nak baru kan?cuba istighfar dan niat dalam hati malam ni aku nak solat terawih dan habis kan satu juzuk quran, ramadhan hanya datang sekali dalam setahun.betul tak?

apart from that,sebab aku dah berbelanja sakan seperti sakai maka baru-baru ni heater kat rumah sewa telah rosak.okeh bila ada kes macamni semua penduduk dekat rumah tu buat dunno.ada yang kata ala buat tak tahu je la..eh no no no jangan begitu adik2..hakak tak pernah ajar adik2 supaya tidak bertanggungjawab.makanya aku boleh presume yang aku akan bayar semua kos baiki heater tersebut? ok sekarang boleh menangis teresak2.bye

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

homebound

sebenarnya banyak nak meluahkan kedukaan di dalam hati jadi kene jot down satu2 supaya lebih teratur dan tak berpinoo mata nak baca.

bosan nak bercerita mengenai kerja.ekceli bos makin kedekut.sekian.nak hamek bukti.bil air kat rumah suruh aku bayar sendiri.walaupun sikit hanya rm10 aku rasa tahap bakhilnya dah makin melampau.boleh diusulkan pada jabatan buruh.

"bos, i datang duduk dekat kuantan ni bukan dengan kerelaan tahu.dah la bagi tempat tinggal yang tak berapa nak sempurna lagi mahu berkira." 

sabauuu je la hatiiiiiii..

pejam celik dah 3bulan kan duduk kuantan darul boring oshemm.mana tempat makan asam pedas yang setanding johor eh dekat sini?maaf aku tak jumpa lagiiiii. maafkan patik sekali lagi sebab bersifat kenegerian sedikit dekat sini.rasanya kalau campak orang pahang kat johor pun akan rasa seperti yang aku rasa sekarang.makan semua tak kena dengan anak tekak.to be honest masakan kat sini memang lari dari tune tekak aku.sebab itula aku terkinja-kinja balik KL..uang minggu lepas.sila nyanyi

"im coming home,i m coming home tell d world im coming home"

melantak asam pedas tak hengat dunia ko.chefnya adalah adik bongsu aku punye resepi memamg terangkat beb.bukan nak puji tapi memang sedap walaupun aku terlebih ober puji sebab bukan senang nak suruh adik lelaki masak untuk kakak sulung yang tangan bangku (terms yang digunakan untuk perempuan yang tak pandai memasak).maaf pic tak ada memandangkan eksited sehingga menjilat jari kaki.

ok chow nak buat kerja.entry pendek-pendek je bukan apa curi tulang update blog adalah dosa kerana telah mencuri masa bekerja.jadi sila sedar diri dan tampar muka sendiri!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 4 July 2012

-lemau-

aigooooo..update blog di hari khamis memey lemau.ye lor one more day before weekend peeps.kalau ko tak happy better pergi check takut kena simptom workholic beb..

blog dah upgrade.credit goes to blog  lysa (bukan lisa surihani taww yawww). aku selalu usha blog dia wey kalau nak tukar macam2 template dalam blog ni.almaklumla dulu tutorial kat uni belajar pasal law tak ada nye nak belajar how to update your blog's template.heh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 26 June 2012

menipu..puihhh!

sambil silang kaki aku hirup milo!puihhh pening kepala dari sabtu lepas tak hilang-hilang lagi.kalau pening lalat boleh la aku tahan tapi kalau pening macam ada batu block hempap kepala rasa nya macam tak boleh blaaaaaa.

cerita orang menipu tak pernah akan pupus .ditipu,menipu,kene tipu,tertipu semua pernah rasa.ada kisah lucu berlaku hari ni bila staf tipu mc dari ospital KERAJAAN.haiyo nak tipu mc pun agak-agakla dik oiii..kan dah malu sendiri bila doktor yang chop kat salinan mc ko ekceli dah sambung belajar..and the crucial part is doktor tersebut adalah pakar bius..eh sakit gigi sampai kena bius operation bagai ke???

p/s kepada adik yang menipu tu: lain kali nak tipu berpada-pada.kan dah malu tersipu-sipu macam siput sedut bila kene queries macam-macam.tangisan di tasik madu ko dah tak jalan.boleh berhenti sekarang!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 12 June 2012

bersangka baik itu amalam murni!

pagi tadi bangun terbaca gossip retis remy ishak buat aduan di twitter.

"demam panas dan call gilfriend tapi di layan seperti sampah"
sweet nya tulis status macamtu kan abg remy
then semua peminat dan paparazzi buat spekulasi yang diaorang ni akan clash la,hubungan retak menanti belah la, remy tu kebudak2 an la,tiz kejam layan boipren macam sampah la dan macam-macam lagi.
aku malas nak comment sebab tau dunia retis ni propa je lebih kan
jadi pagi ni aku mahu bersangka baik..

kisah pertama
bangun mandi terus menuju ke pejabat
memandangkan ada staf yang masih freshieee segar dari ladang,jadi harapan aku staf yang lama dapat la ajar
tapi sangkaan aku meleset sama sekali
rupanya dia dok atas kerusi hempuk buat dunno je mengadap pc buat kerja kaku macam dungu
okeh dalam hati  berdetik dia ni kenapa sombong sangat walhal semalam dah bagitahu suruh dia ajar
aku kalau dah bagi arahan sekali  kalau ko taknak dengar or buat tak tahu aku pun akan buat tak tahu jugak,malas nak marah-marah
jadi aku buat ramah dan tegur dia
"banyak kerja ke kak"
dia jawab sepatah " a ah banyak"
----------------hati aku mula menggelegak dan nak turn out jadi HIJAU nyah--------------------------

10 minit kemudian
aku masuk bilik tangan menggeletak menahan marah
then dari cermin bilik aku nampak dia bangun dan ajar that two freshie staf
pengajaran: sila bersangka baik maybe dia tak ajar that two freshie staf sebab dia BUSY

kisah kedua
seminggu lepas bff whats app
"eh kak z add one of friend yang ada dalam list friend facebook ko"
apa lagi laju jari jemari aku reply
"busybody kenapa kak z ni nak add kawan aku yang mana dia sendri tak kenal"
2hari selepas itu, kawan aku tanya sapa kak z tu?
rupaya kawan aku yang add kak z tu bukan kak z add okeh!
pengajaran: sila bersangka baik bukan kak z yang busybody tapi orang yang msg melalui whats app tu yang busy body ! (eh ingat kita kene bersangka baik)


kisah ketiga
akk yang dalam kisah pertama tu.ala staf yang lama tu  mc dua minggu yang lepas sebab rumah dia kena masuk perompak.
jadi aku pun bagitahu big bos (BB) yang staf nak EL 3 hari.BB tak percaya siap suruh pergi rumah that particular staf.sebab apa BB meroyan sampai tahap macam tu?
sebab bila call sedara dia bagitahu dia keluar
ehhhhh,ko trauma rumah baru kena rompak takkan boleh keluar bersiar-siar
jeng jeng jeng jeng
5jam kemudian baru dapat tahu dia keluar rumah balik rumah mak mentua sebab nak berubat bagi pulih semangat!!
pengajaran:sentiasa bersangka baik sebab trauma rumah kena rompak kena jumpa ustaz untuk pulihkan semangat
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

berangan isi borang cuti tadi cantik je tulisan tulis jumaat cuti belum lagi pengumuman aku buat pada staf kat depan tuhh.

tup tup bos call...

erkk sabtu ni awak kene pergi kuala terengganu"-lady boss


okehhh, sekarang aku boleh renyukkan borang cuti sambil hentak kaki!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen