Online Diary miss torayaki : November 2011

Wednesday 30 November 2011

blur dan kosong


 hari ini aku ke JB kotaraya yang berdekatan dengan singapura.rasa nya baru sebulan tak jejakan tayar kereta atas jalanraya JB dah macam-macam perubahan ada.pagi tadi  nasib baik tak termasuk ke simpang flyover yang  baru dibukak,kalau tak haru nak cari jalan kebenaran semula!!seriously,aku memang failed bab peta dan jalan.almaklumla geografi dapat Bplus.sorry aku memang dungu,kalau pergi 10kali pun boleh lupa.pang kasi lempang laju-laju baru boleh ingat!

 half day spent di JB dengan panas terik jangan cakap la, turun naik lif plus jalan kaki dibawah terik matahari cukup menguji kesabaran.dalam hati nak memaki tapi bila fikir kerja menyumpah pun tak guna, mesti kena berehkan jugak !!.habis urusan terus pecut balik ke ofis.mengharapkan tersedia teh ais atas meje kan angan-angan mat jenin untuk ada tea lady kat ofis, namun bukan tah ais yang tersedia tapi timbunan fail yang bikin kepala makin serabut.jeng jeng suprise kan?setiap kali masuk ofis ini adalah pemandangan biasa rasanya kalau kucing lompat pun tak lepas ni,kaki mesti tersangkut sebab tinggi.

 bersepah tepi kanan depan belakang semua fail!!


masa sedang update fail-fail ni semua tiba-tiba dapat panggilan daripada bos
"eh,su dah update ni dah buat ni?bla bla bla *nagging macam nenek tua*
tiba-tiba terpacul ayat arahan daripada bos
"minggu depan pergi kuantan"
-
-
-
erk,aku terus blur okeh
pergi kalau sehari tak apa la jugak
ini pergi 2minggu yer!!
sapa nak jaga pokok kaktus aku?
mesti akan rindu kat tilam, bantal busuk, selimut kaler biru perlu ke mention kaler?

semakin fikir semakin blur dan kosong!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 29 November 2011

wordless wednesday

if i could turn back time
-
-
-
nak kembali ke zaman kanak-kanak ribena dan zaman menjadi "student"

*sigh*

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

puss in boots AGAIN

hye everyone..

petang tadi aku dalam keterpaksaan telah bersama my lady bos watch puss in boots.again kan?kali ni kalau nak gelak kene kaber,sebab aku segan sikit kang gelak tak kaber terkeluar  gelak jantan macam aku selalu buat bila dengan membe-membe. jatuh air muka beb, depan bos tu!!. jadi dari adab makan,pergerakkan semua kene control.hate being like this,but what to do,im pretender!haha..

disebabkan dah 2 kali aku tengok cerita puss in boots ni kan jadi mari la aku buat review sedikit cerita ni.ingat tak cerita shrek dulu ada seekor kucing yang sangat comel?ha ni dia kali ini boleh tengok asal usul puss in boots ni.

SINOPSIS:

mengisahkan puss yang sedang berusaha untuk mencuri kacang ajaib dari pasangan jack dan jill *gile gojes pasangan ni,heh siap bela anak babi gitu*.semasa puss nak curi kacang ajaib ni,dia terserempak dengan softpaws kitty. kedua-dua gagal untuk curi kacang ajaib tersebut dan sofpaws kitty telah melarikan diri dan telah membawa puss ke "kelab kucing"gile comey seme kucing-kucing masa part ni rasa macam nak amek sekor je bela.dekat sini la puss ditemukan dengan humpty dumpty,rakan yang dianggap seperti adik beradik sendiri.humpty dumpty ni sebenarnya pernah mengkhianati puss dek kerana perasaan cemburu dan hasad dengki yang sangat tinggi masa mereka tinggal di rumah anak yatim. si softpaws kitty dapat meyakinkan puss untuk join mereka mencari kacang ajaib yang membolehkan mereka sampai ke giant castle (istana gergasi).apa dalam istana gergasi eh?eh bukan ada gergasi atau dinoso tapi ada angsa emas yang bertelur keluar telur emas gitu. to make it short la kan mereka berjaya sampai ke istana gergasi dan kerana nak bawak telur emas tu terlalu berat maka humpty dumpty ni bawak balik goose,anak angsa yang keluarkan telur emas.ha,kan senang gitu?mudah sehingga humpty dumpty digelar hero.itu sebenarnya yang dia nak,jadi hero untuk balas dendam terhadap puss.puss pulak mula tertarik dengan kitty dan tanpa diduga rupanya humpty dumpty,softpaws kitty dan pasangan jack dan jill berpakat untuk kenakan puss.puss ditangkap dan di dalam penjara dia telah bertemu jack yang telah menceritakan bahawa ibu angsa, Terror akan mencari anak nya yang hilang dan ini bermakna penduduk kampung dalam keadaan bahaya. puss berjaya melepaskan diri dan telah menasihi humpty dumpty.akhir cerita humpty dumpty mati *memang patut pun,si pengkhianat* dan puss dianggap hero semula oleh penduduk setempat.hoyehh,happy ending akhirnya!!


ada plot dalam cerita ni yang begitu membusankan *sehingga aku menguap dengan luasnya*, masa bila puss cerita kisah silam bagaimana dia berjumpa dengan humpty dumpty kat rumah anak yatim dan kemudian humpty dumpty yang telah khianat dan menyebabkan puss in boots diburu, kira bertukar dari hero kepada penjenayah yang dikehendaki.yang lain semua nya so so ok sebab mata ni disajikan oleh aksi puss in boots yang noty,lincah,penuh aksi,mutu keunggulan disukai ramai...dah nama pun hero kan perlu la ada character2 semua tu!



aku bagi 7bintang dari 10 bintang
korang pulak nak bagi berapa bintang yek??

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 28 November 2011

^my lovely samsoon^

hye everyone..


sapa sini peminat kpop?okeh boleh duk tepi diam-diam sebab aku bukan nak cerita fasal kpop tapi fasal korean movie yang aku tak jemu tengok sampai sekarang.


cerita "my lovely samsoon" ni jatuh nombor satu dalam list sejak dulu hingga kini.cuba jugak untuk minat cerita boys over flower tapi bila tengok hero macam kontrol ayu bagai,terlebih bergaya aku jadi rimas.bagi aku cerita bof tu hilang machonya gara-gara pesen rambut dan baju yang agak keterlaluan.ok berbalik cerita MLS ni agak lain dari lain.heroin bukan yang bajet cun,ala-ala comey gitu tapi sangat ganas okeh.badan berangka besar,selalu mencarut tetapi dalam hati ada taman.


sinopsis cerita ni bermula apabila kim sam soon,heroin dalam cerita ini sedih gila bila dapat tahu yang bf was cheating on her.pada malam yang sama, dia terserempak dengan hyun bin hero dalam cerita ni.kat mana diorang jumpa?dalam tandas lelaki sebab kim sam soon ni tak tahan sebak terus menangis dalam tandas lelaki tanpa sedar..*haru betul*.dari situ la plot cerita berkembang bila hyun bin kebetulan memerlukan baker di restoran milik dia.disebabkan hyun bin ni perangai dia macam ala-ala suka cari gaduh gitu maka kim sam soon dan hyun bin selalu bergaduh macam anjing dengan kucing.timbul idea jahat hyun bin untuk buat "kontrak" dengan sam soon sebab tekanan dari mak dia yang tak abis-abis arrange blind date.pada masa yang sama ex girlfrind hyun bin yang menghilang 6tahun kembali untuk tambat hati hyun bin.kim sam soon pulak lama-lama mula jatuh hati dengan hyun bin.haru biru bila hyun bin jatuh hati semula dengan ex dia.plot cerita berkembang bila hyun bin sedar yang dia pun sebenarnya dah jatuh hati dengan kim sam soon.pengakhir cerita ni diaorang tak kahwin pun sebab halangan dari orang tua hyun bin  tapi masih bersama together2 gitu.


cerita ni pernah menang award:-

  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Daesang (Grand Prize)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Best Screenplay Award (Kim Do Woo)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Popularity Award (Hyun Bin)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Kim Sun Ah)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Best Cast Award
  • 2006 Seoul Drama Awards: Best Mini Series
  • 2005 MBC Drama Awards: Top Excellence Award - Actress (Kim Sun Ah)
  • 2005 MBC Drama Awards: Top Excellence Award - Actor (Hyun Bin)
  • 2005 MBC Drama Awards: Excellence Award - Actress (Jung Ryu Won)
  • 2005 MBC Drama Awards: Best New Actor Award (Daniel Henney)
  • 2005 MBC Drama Awards: Popularity Award (Kim Sun Ah)
  • 2005 MBC Drama Awards: Popularity Award (Hyun Bin)
  • 2005 MBC Drama Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Kim Sun Ah)

sumber asli:google




lagu dalam cerita ni pun sangat best.lagu yang selalu aku layan:-


rugi tahu tak layan cerita ini!!







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 27 November 2011

kluang ada gunung lambak jua

kluang ada gunung lambak ala-ala jakun kan.daripada tak ada aktiviti mari la kita mendaki gunung.kemahuan kalau tidak seiring dengan semangat yang tinggi memang tiada guna.sedikit info mengenai gunung lambak ye sebagai panduan pada sapa-sapa yang berminat nak mendaki..ingat pada yang berminat dan mempunyai semangat yang tinggi



disebabkan aku pancit ditengah-tengah maka terpaksa turun berseorangan ekceli bukan tengah-tengah tapi diawal pendakian..akhir kata keinginan jika tidak seiring dengan semangat yang tinggi tiada guna seperti budak kat bawah ni:-


such a loser.boo
jalan penuh liku-liku




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

aku dan kebaya biru=??

tense tengok bola,sebab harimau muda kalah3-2.punya cantik dah score goal 2 tiba2 pak2 arab,bahrain score pulak 3goal.mula-mula taknak layan sangat bola sebab mata dah kuyu seperti di tasik madu.nak tido nak tido nak tido.tapi bila dengar host tv1 duk eksited mengulas aku jadi macam magnet tertarik gitu terus duduk terpacak depan tv.apa pun bola itu bolatt..booo,ayat dah kalah memang gitu ler,cuba menang semua pakat naik status kat facebook,syabas harimau muda!!eh macam diri sendiri buat je?

apa-apa pun entri kali ni taknak bercerita fasal bola sebenarnya.tapi disebabkan kebetulan masa nak update blog ni bahrain jaringkan goal maka hati yang geram ni tak boleh menghalang jari jemari untuk menulis,ye malaysia kalah walaupun mendahului 2 gol pada mulanya!!nampak 2tanda seru tersebut?ye itu maknanya aku frust..bila frust apa yang nak tulis semua dah lupa.boleh gitu?nak merajuk dengan fakri saarani,malam ni dia tak diturunkan.mencik,mencik,mencik!!tapi tengok thamilrasu main kebangangan dia lebih kurang sama je dengan fakri saarani.opps,terlebih sudah..okeh,kembali ke niat asal entri semula.dah menyimpang jauh sangat ni,balik ke pangkal jalan ler.

niat asal entri kali ini nak tempek gambar-gambar yang diambil sempena majlis perkahwinan di rumah cik selmah merangkap makcik membe aku, cik putry crystal.eh ni first time aku pakai baju kebayu pergi majlis perkahwinan.kalau nak kutuk senyap-senyap ler tapi kalau nak puji memang dialu-alukan.haha..

erkkkkk..


cik putry crystal,maaf dia dah "berpunya"

setiap kali nak ambik gambar,mesti akan arahkan pada budak kat bawah ni supaya cari posisi yang boleh nampak kurus,trick ambil gambar,semua tipu belaka seperti peribahasa melayu "indah khabar dari rupa".adios,sekian.. 


maaf yang ini pun dah "berpunya"


p/s:nak upload picture punye ler lambat nak tunggu.macam gampang line internet celcom malam ni!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 26 November 2011

salam maal hijrah

salam maal hijrah kepada semua
selamat berhijrah:-
1.berhijrah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik
2.berhijrah dari malas kepada rajin
3.berhijrah  dari merungut kepada lebih bersyukur
4.berhijrah  dari membazir kepada istikhamah
5.berhijrah  dari alpa kepada peka
6.berhijrah dari pemarah kepada penyabar

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 25 November 2011

entri without title

eh tetibe suka bebeno dengan baju kotak2
-
-
-
-
-
maaf cik putry crystal,dulu aku selalu kutuk ko pakai baju kotak2

between semalam aku cuti,saje nak rehatkan minda jalan-jalan cari fasal kalau nak jalan-jalan pun tak ada jalan-jalan jauh hanya sekitar bandar kecil,KLUANG je heh tak ada mood nak jalan jauh-jauh sebab khabar angin desas desus mengatakan puan bos masih belum masukkan gaji puan bos,dah akhir bulan ni,takkan puas bos lupa kot semalam dah 25hb??  

WALAUPUN tak dapat gaji lagi, sempat jugak tengok wayang dan sambar 2 baju kat atas tu.yang part tengok wayang pulak bukan apa,rasa nya sebab lama gila kot tak tengok wayang. nasib baik cik putry crystal nak join tengok.itu pun setelah bagitahu dia cerita puss in boots cerita fasal meoww yang comel.bila movie start je ternyata cik putry crystal terlompat-lompat sambil tanganya tak reti duduk diam menampar bahu aku setiap kali muncul kucing-kucing comel sungguh aku tak paham pencinta kucing ni,perangai peliknya terbawak-bawak sampai ke panggung wayang!!

kira aktiviti cuti penuh la jugak walaupun hanya di bandar kecik.ehh sapa kata bandar KLUANG bandar kecik.bandar KLUANG ada KLUANG MALL yang mana dalam KLUANG MALL ada kenny rogers,heh.sekian
 
p/s:sekarang update entri mesti ada gambo kan?simptom jakun ada kamera baru tak habis2 lagi!!tagline buat masa ini:-

"entri tanpa gambar pasti akan lesu,hehhh!!"
sekian dari jejari runsing:-

orang berinai,sibuk nak berinai,last-last jadi macamni,gila buruk
mahu sebulan sorok jari dalam poket!!





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 24 November 2011

perihal jodoh

rasa macam tak layak je nak tulis perihal jodoh sebab diri sendiri pun belum bertemu dengan jodoh.buweeekk muntah hijau.tapi saje-saje je la kan sebab bulan ni bulan mengawan ramai sangat buat majlis kahwin.ye idak?11.11.2011 pakat ramai-ramai buat majlis kawin.nak tanya apa ada hanya pada nombor?kebahagian tak dapat diukur dengan kecantikan tarikh anda berkahwin,ini fakta bukan auta.jadi,wake up people,tak payah taksub dengan tarikh.again,hanya pendapat aku tapi kalau dah suka bebeno dengan tarikh yang cantik hingga jadi simbolik kebanggaan,keunggulan dan kemegahan,tak dapat aku nak cakap apa-apa lagi,masing-masing punya pilihan ye idak?

bila dah bertemu jodoh maka diakhiri dengan perkahwinan.indah bukan?tapi bila dah ada jodoh jangan la dilambat-lambatkan perkahwinan dengan alasan-alasan yang tak seberapa nak munasabah.bukan apa cuba fikir kan usia kita makin meningkat tak adanya makin menurun.umur dah 27 kalau nak tunggu 3tahun lagi sebab alasan tak bersedia maka 30tahun baru berkahwin.kalau subur terus boleh mengandung bagus la kan.tapi kalau jenis merancang setahun selepas berkahwin baru nak ada anak,maka bila anak dah mula sekolah umur emak dah 35.anak masuk sekolah menengah emak dah berumur 42 pejam celik pejam celik bila anak masuk universiti umur emak dah 50 masa tu.eh tak terasa tua ke masa ni?ada tenaga lagi tak agaknya nak mencari rezeki untuk menanggung anak di ipta or ipts?uhuk uhuk.kenapa nak lambat2 kan sedangkan dah cukup semuanya,sihat tubuh badan,santek atau kacak,ada kereta wlpn hanya kancil,ada rumah walaupun rumah sewa,ada kerja tetap dan tak mengagur,cukup pengetahuan agama at least boleh jadi imam bagi lelaki dan boleh mengaji bagi perempuan,apa lagi yang nak tunggu?.perkara yang baik-baik ni harus dipercepatkan dan jangan ditangguh-tangguh.again,perihal jodoh ni semua di tangan Allah.BUT, jangan la sampai tak nak berusaha mencari jodoh.kalau tak cari sampai sudah la tak ada jodoh. bagi lelaki di luar sana,hai saya sedang berusaha mencari jodoh!!eh kenapa tiba-tiba aku birah ni?itu la nama usaha jugak,usaha melalui entri dalam blog?boleh?

ok,i think the end of this entri.just want to congrulate for those yang baru berkahwin,bakal berkahwin dan dah berkahwin.semoga berbahagia sehingga ke anak cucu!!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 23 November 2011

akhirnya

khamis lepas saje-saje jalan dekat mall.gempak la kan bila kat bandar kecik ada pc fair jadi jakun sekejap. bila ada pc fair teringat zaman kegemilangan dolu2,kalau ada pc fair ada je barang nak beli.kalau tak beli yang mahal2,pendrive yang hage rm50 pun jadila eh sekarang pendrive 10hinggit pun ada.

sebelum melangkah ke dalam mall sempat bertafakur  untuk berpegang pada niat yang satu,yaktu untuk beli sebijik beg lappy yang berwarna merah sahaja,MERAH sahaja,tak nak kaler lain sambil hentak-hentak kaki.  

jalan-jalan dari satu booth ke booth yang lain,tak ada la pulak beg kaler merah ye.tiba-tiba bila sampai satu booth ni mata stim je tengok satu camera nikkon .fuyoooo,try test nampak sangat gojes.harga pun not bad bawah 1k. bagi semi pro boleh guna camera ni sebelum guna dslr.ini bukan aku kata tapi jurujual yang kata.sempat masa aku tengah congak dalam kepala duit saki baki dalam akaun , si jurujual asyik provoke tinggal satu je untuk camera ni.cilakas, tanpa fikir panjang terus sambar!!

malam tu terus tidur sambil senyum hingga ke telinga.macam beruk dapat bunga pun ada,eksited sangat tidak dapat dibendung..akhirnya,alhamdulillah .


 my new "baby"





 hamek ko terbang duit..

 testing testing

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 21 November 2011

syabas HARIMAU MUDA

ni bersorak punye fasal sampai dah tak hiraukan jiran sebelah.nasib baik jiran sebelah tak ada baby kalau tak confirm asyik terkejut dengar aku duk menjerit.yang ada pun budak bujang anak makcik ita sebelah ni..tiba2 nak say hai, awak saya la yang jerit kuat2 tadi.apa-apa pun syabas harimau muda kecuali fakri sarani..argh,malas nak cakap fasal mamat ni,nanti aku lagi emosi.apa-apa pun khairul fahmi che mat ko memang sepatutnya dipuji!!besok rasa nak pergi sambut je dekat aiport sambil kalung munge dekat pemain no13,haktuih...(emosi lebih dah aku ni!)

btw,selamat bercuti semua bagi penduduk johor!! 

 hero malaysia


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 17 November 2011

kenangan lalu

otak penat,kepala berpinar-pinar,badan lenguh-lenguh tapi jari jemari laju je taip entri ni.mata ligat tengok bola(demm,jurulatih malaysia ong kim swee kene keluar padang,suruh anak buah bertenang tapi awak sendiri kat luar padang mulut kumat kamit tak puas hati keputusan pengadil) tapi fikiran bercelaru memikirkan kejadian petang tadi.

jujur la katakan aku dah lama tak kene marah dengan puan bos.hai puan bos baju zarra bos petang tadi cantik tapi sedikit ketat , kaler pink lagi..auwwwm.ceritanya kecuaian pelatih dalam kamar menjerat diri aku sekali.berdebar-debar jugak la  budak PDK tu nak menjawab dan akhirnya puan bos cakap tak ada mood dan nak keluar.tersentap budak tu  tapi masalahnya dengan aku sekali tersentap dah kenapa?sebabnya aku pun kene fikir macam mana nak selamatkan fail-fail tu semua. lagi satu sebab aku pernah rasa kena marah dengan puan bos macam tu even lagi teruk sampai kene tendang fail.jadi bila tengok depan mata ketegangan muka puan bos petang tadi membuatkan aku terkenang peristawa aku menjadi budak PDK!gegel beb masa tu dan aku pun tak tahu macam mana aku boleh lalui saat2 sebagai budak PDK yang penuh dengan liku-liku berduri..

rasa macam nak letak surat resign atas meja bos je pagi besok?tiba-tiba emosi begitu,motif?mungkin nak rasa suasana bekerja di tempat lain .penutup entri paling emosi aku pernah buat!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 16 November 2011

waiting outside the lines

sila dengar bait2 kata dalam lagu kat bawah ni
fikir sejenak sambil kunyah twistis perasa kari

"you never enjoy your life,
living inside the box
you re so afraid of taking chances
how you gonna reach the top"
by GREYSON CHANCE

xde kene mengena pun dengan entri kat bawah ni.tapi bila rasa down aku akan dengar lagu ni.jangan asyik nak duk di takuk lama ye,berubah kalau nak "reach the top".kalau takut sampai bila pun tak berjaya kan? jadi sebelum nak "reach the top" tu wajib maalghunnah buat perubahan.bagi aku dalam hidup ni kalau nak buat perubahan besar tu rasanya susah sangat, mulakan jela dulu dengan perubahan kecil2 an.ala macam bisnes la jugak,korang hengat yang berjaya tu terus kaya ke?melainkan kalau memang anak orang kaya,mewarisi harta berjuta2 lemon no wonder boleh duduk silang kaki sambil mewarisi harta tok nenek depa!!
mari aku senaraikan perubahan kecil2 an dalam hidup aku yang masih belum tercapai:-

1)suka buat kerja last minute
tebiat paling aku suka.ala mcm peribahasa yang selalu arwah mak lemparkan pada aku nak berak masa tu la nak gali lubang.kalau boleh mahu berubah at least sebelum berak gali lubang siap2 dulu..he2..

2)kurussssss 
perubahan ini rasa nya dari dulu sampai sekarang tak pernah tercapai.pergi gym pun sebulan setahun.kalau jumpa kawan lama tak pernah terpacul dari mulut diorang "eh kurus ko sekarang".tapi kalau ayat ni selalu aku dengar "kenapa ko semakin bulat sekarang?"kalau dah 10orang cakap mcm tu baru la terhegeh2 cari teh orang kampung!!

3)iron baju untuk seminggu
haha,bunyi macam simple kan?tapi aku tak pernah buat?korang buat ke?kalau korang buat maknanya memang korang la calon menantu terbaik dari ladang,rajin bebeno!!

4)kahwin
takut nak tukar status single to married.bila dengar pelbagai gejala orang yang dah berkawin ni seperti suami curang dengan isteri orang lain,nauzibillah,isteri curang dengan suami orang dan mula la berfikir rasanya tak kahwin pun tak pe.

ada banyak lagi sebenarnya antaranya nak jadi "lawyer buruk" yang ilmu penuh didada.kira kalau dekat court tu hakim tanya tak payah dah belek statute semua dah tahu.kira khatam la sub court rules,hire purchase act,bancruptcy act/rules, of high courtseyes,nampak comey tahu lawyer yang penuh ilmu di dada dengan lawyer yang hanya buat2 pandai tapi sebenarnya ilmu tak ada penuh mana pun!!

ok,nak sambung makan twisties perasa kari sambil layan lagu waiting outside lines ni!!penutup entri yang hampeh







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 14 November 2011

brand apa eh?

hye semua..

aku dalam dilema sekarang ni.dilema nak kawin ke?eh tak ada la,calon pun tak ada lagi.bajet nak promote diri sendiri.aku rasa idea nak membeli camera ni timbul dari bulan 8hari tu.pergi survey dan habis kat situ sahaja.dalam hati tak berapa yakin dengan pilihan hati sebab tak tahu nak pilih camera brand apa.ada la satu kedai kamera sebelah cafe the rail tu, aku tak  hengat name kedai apa  aku singgap dan tanya uncle ni camera apa yang dia nak rekmen kan dekat aku.uncle kedai tu jawab camera brand kat bawah ni:-



aku sendiri dah test power digital camera ni.memang picture nya tak ada la terlalu terang dan tak terlalu gelap.kira sedang2 dan sangat sedap mata memandang.dan uncle ni bagitahu dalam banyak2 brand camera kodak ni kalau ambil gambar,gambar nya memang cantik2.sampai aku rasa uncle ni duta kodax ler pulak.mula-mula nak ambik tapi bila rasa baik aku survey tempat lain dulu sebabnya takut ada camera lain yang lebih oshem dari camera kodak tersebut.jadi,aku suruh uncle tu reserve untuk aku,kaler merah tu beb ,mmg cool la.tapi sampai sekarang aku tak pergi ambik camera tu.dan sampai sekarang jugak la aku tak pergi survey camera kat mana2 kedai.ada siapa2 nak temankan aku tak?aku serius ni,nanti aku belanja ayam mekdi dua ketul bagi siapa yang sudi temankan aku.

sony ericson dslr  try cekidout camera dslr sony ni..memang terbaik la kot.masih garu2 kepala tak tahu nak beli yang mana satu..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 11 November 2011

3g bukan gstring..gelak gelak gelak

assalamualaikum wbt semua..jam kt dinding menunjukkan pukul 1pagi.line berukband biru mlm ni lembap  mcm siput babi. kenapa eh?nak kata xbayar bil,tiap2 bulan terpacak muka kt dpn kaunter bayar bil. 

btw rasa happy sehingga meloncat2 keriangan spt kanak2 ribena diatas katil sbb at least ada lagi seorang follower hasil dari jalan2 ke blog blogger yg lain.hai MIZI ini blog sy..tq sebab follow blog sy yg xseberapa ni. 



sapa tgk maharaja lawak mega mlm smlm??apa xtgk?xpe xpe boleh je search kt youtube dh melambak yg upload kt youtube. bagi aku minggu ni kumpulan 3g adalh kumpulan paling terbaik wooo.kaki dengan tangan dah ready nak menari ni..jommm, "i want nobody nobody but you" ..eeewahhhhhh...


free to comment ya



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 10 November 2011

over ke?

assalamualaikum semua..selamat pagi,gud morning kepada gegul dan boboy semua.wah senyum lebar semua? xpayah bagitahu sbb kenapa korang senyum lebar.ha,jgn fikir bukan2 pulak sbb smlm mlm jumaat.haha.aku senyum lebar sebab hari ni hari JUMAAT.sila senyum semua ye,jgn buat muka ketat2.pagi2 kalau senyum rezeki nak masuk pun senang.okeh,entri kali ni bukan nak cerita fsl mlm jumaat.sebelum tu chop dulu dan nak wish a thousand thanks kepada follower pertama sy incik Fixx Mikz.really appreciate it.nnt boleh bagi alamat umah sy send coklat kadbery satu.eh eh hari ni 11.11.2011 kan?tarikh cantik ada sapa2 yg langsungkan majlis perkahwinan ke?kalau ada tahniah.apa ada yg sambut besday hari ni?kalau ada selamat hari jadi ye:-D



dalam erti kata lain kalau bercinta tu jgn ober sgt ye terutama kpd gegul kt luar sana.kalau boboy dh xsuka,just let it go.jgn push sgt boboy nnt boboy xsuka,menyampah terus nnt boboy jerit xsuka xsuka xsuka (sambil hentak kaki).gegul nak ke?kalau xnak mari baca tip mcmana nak bagi boboy xmenyampah atau dlm erti kata lain gegul cuba pikat hati boboy dengan cara moderate?ala bak kata pepatah kalau tarik benang dlm tepung,jgn smpai tepung tu berkecah satu kampung.

1.jangan mengokong
ye gegul jgn mengokong sgt ye boboy.bukan apa xsalah kalau nak tahu boboy pergi mana,dengan siapa..no no xsalah,tp kalau setiap 5minit gegul sms boboy tny boboy buat apa,kat mana, dengan siapa pasti boboy akan rasa "semak", "menyampah xsuke xsuke".nak ke jadi mcmni?xnak bukan,jadi say no to what gegul?no to "queen control"
2.free yourself
gegul kalau dh ada boboy, hidup jgn "stuck" dekat boboy sorang je.berkawan dgn ramai orang.ini tidak gegul kalau dah bercinta,habis semua rakan dibuang.kira boboy la segala2nya.eh, ni nak tanya kalau boboy buang gegul kt sungai gombak kan sapa yg geugul akan cari selain keluarga?pasti kawan bukan?jadi free yourself dan berkawan dengan semua orang. bila berkawan dengan semua orang otak gegul xtepu sgt asik duk fikir boboy je.betul x?

3.free from contact
eh gegul call sekali xangkat,sms 100 kali xreply.what happend?kenapa kenapa?haa,kan ni nak ajar sikit.cuba gegul sms sekali boboy xreply kan,then gegul cer try call.apa boboy xangkat juga.xpe xpe let it be.cuba bsok lagi.kalau bsok boboy call maknanya apa tu gegul?pandai pun maknanya boboy ingat gegul.tppp kalau dia xreply sms or return call anggap je la boboy dah kurang minat dengan gegul.eh kurang minat tau bukan xberminat langsung.hehe

selamat mencuba semua and free to comment ya 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

mari renungkan2

assalamualaikum semua.xjawap dose kalau jawap mmg korang tomey2.hari ni aku nak share satu ceramah yg aku jmp dlm youtube.mmg menarik utk dikongsi dan tatapan bersama.bagi aku la ceramah agama sekarang ni dah mengalami zaman perubahan.ala mcm muzik jugak budak2 muda sekarang duk agung2kan kpop,malaypop la,paddlepop la.eh paddlepop tu eskrem.ha,mcm tu la jugak ceramah2 agama ni.dulu2 masa dengar hal ehwal perdana dekat tb1 tu aku jadi takut.sebab apa takut?apsal takut?bukan ada hantu pun?ni la akibat selalu tgk cerita terowong bodoh kt tv3 tu.bukan sbb hantu ler,tp sebab ustaz dan ustazah nye suka menjerit2.aku jadi takut.sore ustaz atau ustazah tu pun kadang2 tersekat2 sebab menjerit bnyk sgt.agree wit me??xagree xpe leh men jauh2.ha,trend zaman sekarang adalah ustaz lawak dan gerek sey,aku rasa kalau ustaz masuk maharaja lawak genti boleh menang.bukan nak persendakan agama dengan membuat lawak tetapi menyampaikan ilmu agama dengan diselitkan lawak itu la membuatkan org tidak mengantuk dan menarik anak2 muda belia macam aku utk datng dengar ceramah ustaz2 ni.betul x anak2 muda belia luar sana??kan?kan?

dlm list aku sekarang ustaz kazim elias dan ustaz azhar idrus ni adlah paling lawak dlm memberi ceramah agama.korang pulak?eh nk pesan jgn minat ustaz shauqi yg haram jadah tu pulak ye.jom kita dengar ceramah ustaz azhar idrus ni,jgn lupa pen dan kertas ye.lagi satu loghat ganu ustaz ni mmg xleh hilang,mmg sebati kot.jadi kalau agak2 xpaham tu guane ye??deme pergi cari le saing yg dok blh khabar ganu atau dlm bahasa jawanya korang pergi la cari kawan yg boleh faham bahasa terengganu.

isu pertama: makan kosher masa darurah


paling lawak : sebab tu kene sangka baik yg duk peluk2 tepi jalan tu mungkin kene kejar rimau!!gelak goling2 ......

isu kedua:hukum bawak awek pergi kuliah


eh bagi lelaki kat luar sana ketahuila kamu hukum kalau niat berkawan dengan perempuan hanya untuk dijadikan awek adalah haram.

amcam?penyampaian ustaz ni sgt santai kan tpp sgt berguna dan penuh dengan ilmu.harap2 korang dpt sesuatu dari video yg aku kongsikan diatas.yg buruk tu datang dari aku dan yg baik itu datang dari Allah s.w.t


p/s:first entri aku.harap kome seme like la ye..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen