Online Diary miss torayaki : perihal jodoh

Thursday 24 November 2011

perihal jodoh

rasa macam tak layak je nak tulis perihal jodoh sebab diri sendiri pun belum bertemu dengan jodoh.buweeekk muntah hijau.tapi saje-saje je la kan sebab bulan ni bulan mengawan ramai sangat buat majlis kahwin.ye idak?11.11.2011 pakat ramai-ramai buat majlis kawin.nak tanya apa ada hanya pada nombor?kebahagian tak dapat diukur dengan kecantikan tarikh anda berkahwin,ini fakta bukan auta.jadi,wake up people,tak payah taksub dengan tarikh.again,hanya pendapat aku tapi kalau dah suka bebeno dengan tarikh yang cantik hingga jadi simbolik kebanggaan,keunggulan dan kemegahan,tak dapat aku nak cakap apa-apa lagi,masing-masing punya pilihan ye idak?

bila dah bertemu jodoh maka diakhiri dengan perkahwinan.indah bukan?tapi bila dah ada jodoh jangan la dilambat-lambatkan perkahwinan dengan alasan-alasan yang tak seberapa nak munasabah.bukan apa cuba fikir kan usia kita makin meningkat tak adanya makin menurun.umur dah 27 kalau nak tunggu 3tahun lagi sebab alasan tak bersedia maka 30tahun baru berkahwin.kalau subur terus boleh mengandung bagus la kan.tapi kalau jenis merancang setahun selepas berkahwin baru nak ada anak,maka bila anak dah mula sekolah umur emak dah 35.anak masuk sekolah menengah emak dah berumur 42 pejam celik pejam celik bila anak masuk universiti umur emak dah 50 masa tu.eh tak terasa tua ke masa ni?ada tenaga lagi tak agaknya nak mencari rezeki untuk menanggung anak di ipta or ipts?uhuk uhuk.kenapa nak lambat2 kan sedangkan dah cukup semuanya,sihat tubuh badan,santek atau kacak,ada kereta wlpn hanya kancil,ada rumah walaupun rumah sewa,ada kerja tetap dan tak mengagur,cukup pengetahuan agama at least boleh jadi imam bagi lelaki dan boleh mengaji bagi perempuan,apa lagi yang nak tunggu?.perkara yang baik-baik ni harus dipercepatkan dan jangan ditangguh-tangguh.again,perihal jodoh ni semua di tangan Allah.BUT, jangan la sampai tak nak berusaha mencari jodoh.kalau tak cari sampai sudah la tak ada jodoh. bagi lelaki di luar sana,hai saya sedang berusaha mencari jodoh!!eh kenapa tiba-tiba aku birah ni?itu la nama usaha jugak,usaha melalui entri dalam blog?boleh?

ok,i think the end of this entri.just want to congrulate for those yang baru berkahwin,bakal berkahwin dan dah berkahwin.semoga berbahagia sehingga ke anak cucu!!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ahli mesyuarat tingkap:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen