Online Diary miss torayaki : ^my lovely samsoon^

Monday 28 November 2011

^my lovely samsoon^

hye everyone..


sapa sini peminat kpop?okeh boleh duk tepi diam-diam sebab aku bukan nak cerita fasal kpop tapi fasal korean movie yang aku tak jemu tengok sampai sekarang.


cerita "my lovely samsoon" ni jatuh nombor satu dalam list sejak dulu hingga kini.cuba jugak untuk minat cerita boys over flower tapi bila tengok hero macam kontrol ayu bagai,terlebih bergaya aku jadi rimas.bagi aku cerita bof tu hilang machonya gara-gara pesen rambut dan baju yang agak keterlaluan.ok berbalik cerita MLS ni agak lain dari lain.heroin bukan yang bajet cun,ala-ala comey gitu tapi sangat ganas okeh.badan berangka besar,selalu mencarut tetapi dalam hati ada taman.


sinopsis cerita ni bermula apabila kim sam soon,heroin dalam cerita ini sedih gila bila dapat tahu yang bf was cheating on her.pada malam yang sama, dia terserempak dengan hyun bin hero dalam cerita ni.kat mana diorang jumpa?dalam tandas lelaki sebab kim sam soon ni tak tahan sebak terus menangis dalam tandas lelaki tanpa sedar..*haru betul*.dari situ la plot cerita berkembang bila hyun bin kebetulan memerlukan baker di restoran milik dia.disebabkan hyun bin ni perangai dia macam ala-ala suka cari gaduh gitu maka kim sam soon dan hyun bin selalu bergaduh macam anjing dengan kucing.timbul idea jahat hyun bin untuk buat "kontrak" dengan sam soon sebab tekanan dari mak dia yang tak abis-abis arrange blind date.pada masa yang sama ex girlfrind hyun bin yang menghilang 6tahun kembali untuk tambat hati hyun bin.kim sam soon pulak lama-lama mula jatuh hati dengan hyun bin.haru biru bila hyun bin jatuh hati semula dengan ex dia.plot cerita berkembang bila hyun bin sedar yang dia pun sebenarnya dah jatuh hati dengan kim sam soon.pengakhir cerita ni diaorang tak kahwin pun sebab halangan dari orang tua hyun bin  tapi masih bersama together2 gitu.


cerita ni pernah menang award:-

  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Daesang (Grand Prize)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Best Screenplay Award (Kim Do Woo)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Popularity Award (Hyun Bin)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Kim Sun Ah)
  • 2006 42nd Baeksang Arts Awards: Best Cast Award
  • 2006 Seoul Drama Awards: Best Mini Series
  • 2005 MBC Drama Awards: Top Excellence Award - Actress (Kim Sun Ah)
  • 2005 MBC Drama Awards: Top Excellence Award - Actor (Hyun Bin)
  • 2005 MBC Drama Awards: Excellence Award - Actress (Jung Ryu Won)
  • 2005 MBC Drama Awards: Best New Actor Award (Daniel Henney)
  • 2005 MBC Drama Awards: Popularity Award (Kim Sun Ah)
  • 2005 MBC Drama Awards: Popularity Award (Hyun Bin)
  • 2005 MBC Drama Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Kim Sun Ah)

sumber asli:google




lagu dalam cerita ni pun sangat best.lagu yang selalu aku layan:-


rugi tahu tak layan cerita ini!!







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 ahli mesyuarat tingkap:

  1. Salam perkenalan ,,, Nita singgah dan follow dari segmen ben ashaari,,jom kenali blogger,,, kalau sudi , singgah site sye blik yer ? btw, secret garden punn sweet jugak! haha ! LUKISAN HATI

    ReplyDelete
  2. @nita:hai..salam perkenalan jugak.thanks sebab follow blog kita yg tak seberapa ni..

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen